Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Wednesday, 20 February 2013

Dapatkan nasihat doktor jika keputihan anda adalah lendiran biasa atau tidak

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita adalah pelbagai sifatnya dan berbeza bagi setiap wanita 

Warna - keputihan berwarna jernih atau kelabu putih. Lazimnya, jika tiada








perubahan kekuningan atau kehijauan bermaksud tiada jangkitan

Sifat - Keputihan bersifat lendir dan tidak berbeku  seperti susu basi, tiada perubahan bau hanyir Jika ada rasa kegatalan atau radang bermaksud ada jangkitan

Perubahan - Keputihan berubah mengikut hormon,perubahan mental, jangkitan, ubatan dan penyakit dalaman. Keputihan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika haid.Wanita yang mengalami keadaan terangsang seksual akan bertambah lagi keputihannya.Keadaan stress juga mengakibat perubahan hormon dan meningkatkan lebihan keputihan. Mempunyai penyakit dalaman seperti kencing manis dan tiroid juga menyebabkan lebihan keputihan

Penyakit - Jangkitan seksual seperti bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Tichomonas vaginitis, Herpes, Gonorea dan Clamydia adalah penyakit biasa yang menyebabkan perubahan lendiran

Atasi- Pakailah panty linear bagi mengurangkan lendiran atau radang pada faraj. Dapatkan nasihat doktor jika keputihan itu cuma lendiran biasa atau disebabkan jangkitan.

Jika anda aktif hubungan seksual anda disarankan melakukan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis

Ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan kadangkala perlu mengulanginya. Suami atau pasangan seksual turut digalakkan membuat pemeriksaan.


No comments:

Post a Comment