Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Wednesday, 20 February 2013

Urutan boleh mengeratkan hubungan ibu dan bayi

Urutlah dengan kasih sayang kerana ia mampu menaikkan berat badan bayi. Ia juga dapat mengurangkan kebiasaan bayi menangis kepada bayi lena tidur.


Urutan mulakanlah dari:

Kaki-  urutan menghala menjauhi jantung dengan usapan berbentuk C. Urutan bermula dari buku lali menghala ke paha dan balik semula ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta  buat pergerakan seperti mengayuh dan lakukannya secara perlahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan  meluruskan setiap jari supaya semua sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang dan perlahan-lahan.

Perut- Pijatan i love u. Gunakan 2 @ 3 jari yang membentuk I-L-U dari arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U terbaik

  •  urut kiri bayi dari bawah ke atas( huruf I)
  •  urut melintang dari kanan ke kiri bayi kemudian turun ke bawah( huruf L)
  •  urut dari kanan ke bawah bayi, naik ke atas kanan semula. Buat melengkung        U ke kiri dan ke bawah dan naik semula ke atas kiri.
Tangan - ulang seperti urutan kaki

Dada - Urut  dengan menggunakan tapak tangan. Urut  ke arah keluar( melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu dan turun ke tulang rusuk

Muka- Urut secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini boleh juga dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap dahi , keliling mata dan kening.Urut pipi secara melintang dari tulang pipi hingga ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu, keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Ini akan membuatkan bayi lebih selesa.

Belakang badan - Tiarapkan bayi anda. Guna minyak dan urut dari tulang belakang hingga ke pangkal punggung menggunakan kedua-dua tangan.Buat urtan secara bulatan di bahu turun ke badan, punggung,paha dan kaki

Bahu - Urut bayi menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan yang panjang dari bahu ke kaki.Urutan ini mengambil masa 20-30 minit dan bayi akan lebih tenang dan segar selepas di urut

 KAEDAH MEMULAKAN URUTAN

  1. Pastikan 15 minit sebelum bermula, ibu dan bayi dalam keadaan selesa. Boleh memainkan muzik bagi memberi mood kepada ibu dan bayi
  2. Pastikan suhu dan bilik dalam keadaan sederhana panas. Alaskan kain lembut dan sesuai untuk diletakkan bayi
  3. Sebaiknya urutan dilakukan ketika bayi tidak berpakaian dan waktu paling sesuai selepas bayi mandi. kalau  ingin urutan dilakukan ketika bayi berpakaian pun boleh.
  4. Gunakan minyak bayi yang lembut untuk mengelakkan sebarang goresan pada bayi. Sapukan minyak pada kedua belah tangan untuk memanaskan tangan anda sebelum menyentuh bayi
  5. Mulakan dengan urutan perlahan. Kemudian perlahan-lahan tambahkan tekanan apabila bayi anda kelihatan selesa
  6. lakukan urutan dengan kasih sayang dengan melihat mata bayi, bercakap-cakap atau menyanyi
  7. mulakan dari atas kepala hingga hujung kaki kemudian bahagian belakang
  8. Lakukan pada waktu yag sama agar bayi  dapat rasa rutinnya













No comments:

Post a Comment