Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Monday, 11 March 2013

Ketahui tabiat buruk penyebab sakit tulang belakang

   Sakit belakang adalah masalah lazim yang biasanya dialami oleh orang dewasa. Dianggarkan hampir 80% orang dewasa mengalaminya. Sakit tulang belakang menduduki tempat ke-dua dalam masalah neurologi.Tahukah anda mereka yang mengalami masalah tulang belakang ini mempunyai kaitan dengan sistem saraf. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas dalam badan bagi memastikan bekalan
darah , cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna
   Perlu diketahui tabiat buruk punca sakit belakang adalah:
  1. Duduk yang terlalu lama kerana kita beri tekanan yang paling tinggi pada tulang belakang
  2. Posisi badan yang tidak betul. Ini berlaku kerana cakera terkeluar sedikit dan menekan saraf yang menyebabkan sakit
  3. Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kanan dan ke kiri
  4. Memakai kasut tumit tinggi
  5. Melakukan aktiviti diluar kebiasaan dan mengamalkan hidup yang tidak aktif
  6. Terlalu banyak berehat boleh menyebabkan sakit tulang belakang kerana badan manusia dicipta untuk bergerak aktif bukan untuk berehat sepanjang masa
  7. Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat
Kunci utama untuk menjaga kesihatan tulang belakang adalah belajar mempraktikkan postur yang baik, bijak menggunakan mekanik tubuh yang baik dan kerap bersenam

No comments:

Post a Comment