Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Tuesday, 26 March 2013

Kelebihan Surah Al Waqiah

 
Mungkin ramai orang mengetahui kelebihan ayat seribu dinar tapi agak kurang 


yang mengetahui kelebihan surah Al- Waqiah. Surah Al- Waqiah juga dikenali

 surah kekayaan. Banyak kelebihan surah ini antaranya dengan menjadikan surah

 ini sebagai wirid maka Allah akan menjauhkan kefakiran selamanya.

Surah Al- Waqiah terdiri dari 96 ayat. Walaupun agak panjang tetapi apabila
 

membacanya tidaklah mengambil masa yang lama kira-kira dalam 5-10 minit
. 
Di ini saya kongsikan beberapa fadhilat dan khasiatnya
.
1. Mereka yang membiasakan membacanya setiap malam satu kali, maka Allah

 jauhkannya dari kemiskinan selamanya.

2. Mereka membacanya 14 kali selepas asar Insyaallah akan dikurniakan dengan

 kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah

3. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah surah Al fatihah 1 kali,

 Ayat Qursi 1 kali dan surah Al waqiah ayat 35- 38 7 kali. Tiup dalam air dan 

minumlah. Niatkan dalam hati ingin menjaga kecantikan dan kebahagian

 rumahtangga kita

Banyak lagi kelebihan surah Al- Waqiah, tak mampu saya ceritakan di sini. Bagi

 anda yang mengamalkankannya anda akan rasa kelainannya .

Apa yang pasti, Bacalah surah Al- Waqiah ini dngan hati yang ikhlas memohon 

rezeki dariNya. Jangan di niat untuk kaya di dunia sementara ini tetapi niatkanlah

 supaya dengan kekayaan ini kita boleh beribadat dan membuat amal jariah

 . Insyaallah akan Allah perkenankan doa kita. Wallahualam

No comments:

Post a Comment