Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Thursday, 21 February 2013

Kisah asal ayat seribu dinar

.
Di zaman sahabat, dikisahkan salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya bahawa nabi Khaidir datang kepadanya lalu berkata; “Beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran dan meminta-minta.” Disebabkan mimpi itu datang berulang-ulang, maka dilaksanakan apa yang dimimpikannya itu iaitu
memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.Pada suatu malam, dia bermimpi pula bahawa nabi Khaidir datang lagi kepadanya dan mengajarkan beberapa kalimat ayat-ayat Al-Quran (Ayat Seribu Dinar) lalu dianjurkan agar dibaca dan diamalkan setiap pagi dan petang. Maka Allah akan melepaskan daripada bahaya yang akan menimpa diri.
.
Setelah hartawan itu bangun daripada tidurnya, ia memikirkan dengan penuh perhatian apa yang dialami dalam mimpinya seolah-olah ada hubungan dengan mimpinya yang terdahulu. Maka dengan tidak ragu-ragu dibacanya dan diamalkannya kerana kalimat-kalimat itu adalah ayat Quran yang tidak diragukan lagi kebaikannya.
.
Tidak lama kemudian, hartawan tersebut berada dalam suatu pelayaran dengan menumpang sebuah kapal layar. Ia membawa barang dagangannya. Setelah kapal itu berada di tengah-tengah samudera yang luas, maka bertiuplah angin taufan yang kuat sehingga menyebabkan laut menjadi bergelora. Kapal layar itu terumbang-ambing mengikut pergerakan air laut yang bergelombang besar, menyebabkan kesemua penumpang menjadi cemas dan ketakutan.
Hari mulai malam dan hujan turun dengan lebat sekali. Tetapi si hartawan tetap tenang dan mengharapkan pertolongan Allah SWT sambil membaca ‘ayat-ayat 1000 Dinar’ yang diberi dalam mimpinya itu.

Nakhoda dan anak kapal berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkan kapal dan penumpangnya tetapi keadaan semakin meruncing dan bertambah dahsyat pukulan geloranya. Akhirnya kapal layar itu terhempas pada sebuah batu karang yang besar hingga menyebabkan bahtera tersebut pecah.
.
Walau bagaimanapun, sihartawan telah terdampar di tepi pantai dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan bersama-sama kesemua harta barangan dagangannya.
.
Demikianlah khasiat ayat yang diterimanya dalam mimpi, dan oleh sebab dia beramal dengan bermodalkan 1000 (seribu) Dinar, lalu ayat-ayat itu disebut ‘Ayat Seribu Dinar’.

Jika kita mengamalkan ayat Seribu Dinar  terlalu banyak faedahnya:


1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
 Bagi saya sendiri  bila saya kesusahan, kesedihan malah  bila-bila masa sekalipun saya akan membacanya. Jika kita kesedihan Allah akan memberi kita ketenangan, Jika kita kesusahan Allah akan beri kita jalan keluar yang kita sendiri tak sangka itulah penyelesaian yang terbaik. Amalkanlah, anda akan beroleh manfaatnya. Saya sendiri dah rasa
.




No comments:

Post a Comment