Anda boleh simpan stok EBM anda dalam:
- bekas plastik atau botol yang bebas Bisphenol-A (BPA)
- Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras cth tupperware
- Breasmilk storage Liner ( bag khas untuk menyimpan susu ibu)
Untuk pengetahuan anda susu badan boleh tahan dalam suhu bilik selama 4 jam. Jika anda simpan dalam fridge, ia boleh tahan 3-5 hari. Dalam sejuk beku boleh tahan 3-6 bulan. Malah jika ia disimpan dalam deep freezer ia boleh disimpan selama 6 - setahun. Kalau anda mempunyai peti sejuk 1 pintu EBM cuma bertahan sekitar 2 minggu. Nampak tak ketahanan susu berbeza mengikut tempat dan suhu. Jadi anda perlu uruskan susu dengan betul
Apabila anda ingin menggunakan stok EBM yang sudah disejuk beku, anda boleh cairkan dalam bekas berair. Keluarkan dalam beberapa stok cairkan dalam bekas berair tak perlu air panas. Memadai dengan air biasa sahaja. Biarkan EBM cair sendiri dan sementara itu simpan dalam fridge bukan dalam frezeer. Apabila anda ingin bagi bayi anda menyusu barulah anda panaskan EBM yang sudah cair samada menggunakan warmer atau air panas sahaja. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment