Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Tuesday, 5 March 2013

Peristiwa di sebalik Hari Wanita

   Hari Wanita  bermula dari kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita berabad-abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan
   Peristiwa itu berlaku pada 8 Mac 1857 kira-kira 156 tahun yang lalu. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus-ratus wanita yang menjadi buruh di
kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengeksploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang dan keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperikemanusiaan.
 50 tahun kemudian di bulan ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis telah memilih tarikh ini sebagai Hari Wanita Sedunia. Pada tahun 1975, Bangsa-Bangsa Bersatu mula merayakan 8 Mac sebagai Hari Wanita Sedunia
  Sebagai seorang wanita, saya mengucapkan Selamat Hari Wanita  kepada semua wanita di seluruh dunia

No comments:

Post a Comment