Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Thursday, 7 March 2013

Hati-hati dengan mengantuk, anda mungkin menghidap hypersomnia

   A'kum hari ini saya nak cerita tentang mengantuk. Hai, teruk sangat ke rasa mengantuk ni? Masakan tidak jika pagi-pagi lagi dah rasa mengantuk sampaikan nak buka mata pun payah. Nak kata tak cukup tidur tapi rasanya dah lebih 8 jam tidur. Bangun pagi pun rasa sungguh liat sekali. Jika anda mempunyai masalah seperti ini saya syorkan anda berjumpa doktor. Pemeriksaan doktor dapat menentukan samada   rasa mengantuk yang berlebihan ini (hypersomnia) berkeadaan
biasa atau keadaan yang sangat merbahaya
    Hypersomnia  harus dibezakan keadaannya. Bagi individu yang merasa mengantuk kerana tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya pada waktu malam, atau seseorang yang terpaksa bertugas pada waktu malam atau seseorang yang penat melakukan kerja yang melibatkan fizikal atau mental. Ini dianggap normal.
    Hypersomnia boleh disebabkan oleh kerosakan saraf dalam otak atau kemurungan yang agak kronik dan kepekatan toksik urea dalam darah terlalu tinggi.
Pesakit yang mengalami kecederaan di kepala terutamanya di bahagian otak pun turut mengalami msalah yang sama
     Pemeriksan lanjut perlulah dilakukan kerana ada penyakit melibatkan urat saraf iaitu Klein-Levin Syndrom, yang mana pesakitnya akan merasa  mengantuk yang melampau. Mereka ini hanya akan makan atau ke bilik air saja. Penyakit ini dikenali juga Syndrom Sleeping Beauty (teringat saya korean drama- Quiz From God)
     Mereka yang obses juga akan mengalami eadaan seperti ini. Jika mereka melakukan riadah dan bersenam, masalah  hypersomnia dapat dirawat tanpa ubat.
     Kesimpulannya, jika berasa mengatuk yang teramat  sekali, pergilalah berjumpa doktor. Pemeriksaan awal dapat mengelakkan  perkara serius dari berlaku
   

No comments:

Post a Comment