1 – Tarikh 1 Jun
setiap tahun telah dipilih sebagai tarikh Hari Susu Sedunia memandangkan
kebanyakkan negara telah menyambut Hari Susu peringkat kebangsaan sekitar
tarikh ini.
2 – Susu adalah
antara makanan/minuman yang disebut khasiatnya di dalam hadis dan quran. Dalil
berkenaan susu daripada haiwan ternakan, “Dan sesungguhnya pada binatang ternak
itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa
yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara kotoran dan darah,
yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.” (An Nahl: 66)
3 – Tembikar-tembikar
lama yang ditemui di England (dipercayai wujud sejak 4500 BC) dikesan
mengandungi unsur-unsur sampingan susu, dan ini mengesyorkan bahawa susu telah
digunakan dalam bentuk yang lain, diproses untuk tujuan lain, dan bukan sahaja
diminum secara terus.
4 – Hampir
seabad yang lalu, budaya menghantar susu segar secara terus ke rumah pada
setiap hari adalah perkara yang normal memandangkan teknologi
pemprosesan/penyimpanan susu, termasuklah peti sejuk, masih belum berapa
canggih pada masa tersebut disamping sifat susu yang mudah basi (susah nak
simpan susu pada masa tu).
5 – Istilah “milkman”
merujuk kepada lelaki yang menghantar susu segar yang diisi di dalam botol kaca
(kitar semula setiap kali guna) secara karton, selain beberapa sumber tenusu
yang lain seperti telur, krim, keju, mentega, dan yogurt.
6 – Susu segar
adalah pertama kali diedarkan dalam botol (kaca) di Amerika Syarikat pada
tanggal 11 Januari, 1878. Tarikh tersebut telah dikenang sebagai “Hari Susu”
dan disambut setiap tahun di sana.
7 – Bagi
pengumpul barangan antik, botol susu (kaca) sememangnya membawa nilai nostalgia
yang tinggi.
8 – Botol susu
(kaca) yang paling berharga adalah yang terukir nama syarikat pembekalnya pada
permukaan botol tersebut. Ia digunakan sebagai tanda pengenalan supaya pengedar
susu (milkman) boleh menemui
kembali botol kepunyaan mereka untuk digunakan semula. Konsepnya sama seperti
tong gas yang ada masa kini, pembekal gas Petronas pasti akan menerima kembali
tong gas petronas yang kosong untuk ditukar (trade-in) dengan tong gas
Petronas yang penuh. Adakah anda memiliki salah satu botol kaca ini? Simpanlah,
kerana nilai botol susu tersebut pasti mencecah ribuan mahupun jutaan ringgit
sebotol.
9 – Botol
plastik untuk susu hanya mula diperkenalkan mulai tahun 1967.
10 – Pempasteuran
merupakan proses yang digunakan untuk membunuh mikroorganisma berbahaya dengan
memanaskan susu untuk masa yang singkat dan kemudian pendinginan segera untuk
tujuan penyimpanan dan pengangkutan.
11 – Teknik yang lebih
terkini, iaitu ultrapasteurization atau ultra-high temperature treatment (UHT)
telah diperkenalkan selepas itu. Ia melibatkan pemanasan susu dengan suhu yang
tinggi untuk masa yang lebih pendek. Susu yang melalui proses UHT tidak perlu
disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dibuka (selalunya terletak di rak biasa
sahaja di kedai-kedai mahupun supermarket) dan tahan lebih lama dari susu
bungkusan biasa (melalui pempasteuran).
12 – Susu lembu
mempunyai nilai pH sekitar 6.4 hingga 6.8, menjadikan ia antara makanan/minuman
yang paling berasid.
13 – Susu ibu
(manusia) mengandungi 1.1% protein dan 4.2% lemak, yang membekalkan 72kcal
tenaga untuk setiap 100ml.
14 – Secawan susu
mengandungi lebih banyak kalsium berbanding 16 cawan bayam. Selain itu, susu
juga mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
15 – Dua gelas susu
daripada rumusan susu yang disyorkan sudah memadai dalam memenuhi keperluan
minimum kalsium tubuh anda.
16 – Untuk mendapatkan
1 gallon susu, 350 perahan adalah diperlukan dari tetek lembu.
17 – Susu keldai dan
susu kuda mengandungi kadar lemak yang paling RENDAH, manakala susu anjing laut
dan ikan paus pula mengandungi kadar lemak palin TINGGI, dengan lebih 50%
kandungannya adalah lemak.
18 – Susu merupakan sumber semulajadi utama untuk produk supplemen berasaskan protein, terutama yang digunakan secara meluas dalam arena bina badan. Protein yang diekstrak dari susu adalah daripada komponen ‘whey‘ (penyerapan cepat, tinggi BV) dan ‘casein‘ (penyerapan lambat, rendah BV).
18 – Susu merupakan sumber semulajadi utama untuk produk supplemen berasaskan protein, terutama yang digunakan secara meluas dalam arena bina badan. Protein yang diekstrak dari susu adalah daripada komponen ‘whey‘ (penyerapan cepat, tinggi BV) dan ‘casein‘ (penyerapan lambat, rendah BV).
19 – F&N
Magnolia merupakan syarikat pertama yang memperkenalkanSusu Skim cecair secara komersil di Malaysia. Sebelum
kewujudannya, Susu Skim hanya boleh didapati di Malaysia dalam bentuk
serbuk/tepung (menerusi jenama Sunlac, Nesvita, dan Tesco Choice).
20 – Satu kajian
suatu ketika dahulu telah menunjukkan bahawa wanita yang mengambil produk susu
FULL FAT mengalami sedikit peningkatan kesuburan, sementara mereka yang
mengambil produk susu LOW FAT mengalami sedikit pengurangan kesuburan. Bolehkah
hasil kajian ini dipercayai?
No comments:
Post a Comment