- Pada usia 3 bulan di dalam kandungan bayi mula menelan air ketuban dan membuangnya sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhan
- Bayi boleh menangis di dalam kandungan. Sekitar umur 3 bulan peti suara bayi sudah mula terbentuk tetapi bayi menangis dalam diam
- Seawal usia 4 bulan bayi mula meneroka ruang disekelilingnya. Dia mula bermain tali pusatnya, menghisap ibu jarinya, menendang, berenang-renang dan berpusing di dalam kantungnya. Tetapi ibu yang baru kali pertama hamil tidak dapt merasa pergerakan bayi sehinggalah kandungan berusia 5 bulan
- Pada usia 4 bulan bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Apabila bayi tersedu, ibu akan merasa getaran halus di perut
- Sekitar usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi pada bunyi luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri jika mendengar bunyi yang kuat
- Di usia 6 bulan pula memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingat dan mengenali suara ibu dan bapanya dan mula meneroka tubuh badannya
- Seperti kita bayi juga bermimpi, di awal usia 7 bulan aktiviti bermimpi untuk melatih perkembangan otak bayi
- Apabila otak sudah mula terbentuk maka bayi mula merasai kesakitan. Apabila ibunya stress, maka fikirannya terganggu dan menyekat perkembangannya
- Sebaik deria rasanya terbentuk maka bayi dapat merasa makanan yang di makan ibunya dan mengerutkan dahi atau memuncungkan mulut jika rasanya pelik
- Sebaik lahir, bayi akan pertama kali bayi membuka mata dia akan membesarkan matanya dan ini akan melihatkan bertapa comelnya dia
Saturday, 30 March 2013
Fakta menarik tentang bayi dalam kandungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment