Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Thursday, 28 March 2013

Duduk bersilang merbahaya?

Terkejut juga apabila membaca artikel ini. Masakan tidak kita memang biasa duduk bersilang. Apabila penat duduk di atas kerusi, kita mesti akan menyilang kaki samaada kaki kiri atas kaki kanan atau sebaliknya
  Ada yang beranggapan duduk menyilang  boleh  menyebabkan tulang belakang kita bengkok dan seterusnya  menyebabkan  kesukaran bergerak.
 
Apa yang berlaku sebenarnya adalah apabila  duduk dengan menyilang kaki akan menyebabkan tekanan pada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar. Ia akan mendatangkan rasa tidak selesa pada otot dan saraf selain lenguh. Perbuatan duduk bersilang kaki berkali-kali  menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang kita bengkok sementara . Ini dipanggil " sciatic scoliosis"
   Sebagai contoh kita letakkan kaki kanan di atas kaki kiri jadi apa yang berlaku tulang punggung dan betis tidak sama  rata di mana pinggul kiri lebih tinggi menyebabkan otot di antara tulang rusuk tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding di sebelah kanan. Masalah sakit belakang biasanya berlaku pada mereka yang kurang bersenam. Jadi, untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik.

No comments:

Post a Comment