Bayi tidak semestinya tidak boleh diajar. Dengan mengikuti tips-tips yang tertentu anda akan merasa mengajar bayi tidaklah sesukar mana. Hanya memerlukan sedikit kesabaran. Di antara tips-tips tersebut ialah:
1) Jangan berbahasa bayi
Jika anda ingin mengajar bayi anda berkomunikasi
JANGAN BERBAHASA BAYI. Pada mulanya memang agak sukar tetapi percayalah itulah yang terbaik. Lama kelamaan, anda akan lihat bayi anda akan dapat berbahasa dengan betul.
2) Ganjaran
Katakanlah pada bayi anda " adik pandai" setiap kali bayi anda berjaya melakukan sesuatu. Contohnya memasukkan blok-blok kecil dalam kotak. Pasti bayi anda akan menunjukkan riak wajah suka. Apa yang pasti bayi amat suka dipeluk dan dibelai
3)Pengulangan
Minda bayi anda pada usia sebegini ibarat span, Ia akan menyerap apa saja pengajaran yang diberikan. Terpulang kepada anda, apa yang ingin anda ajarkan padanya. Kaedah pengulangan secara konsisten akan membuat bayi anda cepat belajar. Warna, huruf atau abjad jika dilakukan secara kerap maka bayi anda akan cepat belajar
4)Bacakan buku
Ini adalah cara istimewa mengajar bayi anda. Teruskan membaca buku pada bayi anda supaya bayi suka membaca buku. Bayi anda akan meniru perbuatan anda dan akhirnya akan cuba membaca.
5)Mula awal
Mulakan pengajaran bayi anda seawal mungkin. Jangan tunggu sehingga berumur 3 atau 4 tahun.
6) Bersabar
Bayi anda tidak akan berjaya jika anda tidak melakukan langka-langkah di atas secara konsisten.Walaupun bayi anda tidak menunjukkan perkembangan yang positif bersabarlah ia pasti akan menunjukkan perubahan
7)Penerokaan
Biarlah anak anda melakukan penerokaan sendiri. Biarkan dia merasa, memegang, menghidu bau, mendengar dan melihat. Tapi pasti persekitarannya selamat.
8)Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukanlah sesuatu yang membosankan. Menyanyi dan lakukan aktiviti yang menarik akan membantu anak anda belajar dengan gembira
9) Permudahkan
Jangan biarkan anak anda belajar abjad selama 4 jam tetapi biarkan anak belajar 5 - 10 minit untuk mengelakkan anak anda berasa bosan. Nasihat saya, jangan letak harapan yang tinggi pada anak anda. Dia masih kecil . Biarkan dia ambil masanya untuk belajar
10) Teruskan
Bayi anda bukanla anak anda yang dewasa. Pastikan anda mengajarnya dengan baik malah secara berterusan Lakukan dengan fokus dan konsisten supaya pembelajaran ini akan berjaya
No comments:
Post a Comment