Flashvortex

Yang Aku Dah Buat

Sunday, 10 February 2013

Teknik Rangsangan Bayi

Ramai ibu mengimpikan anak cergas, cerdik dan ceria. Jadi pelbagai usaha dilakukan agar hasrat murni ni berjaya termasuklah melakukan rangsangan semasa hamil.
*** Mari kita lihat teknik rangsangan yang dapat kita praktikkan secara konsisten***

1) Pertuturan
- Bercakaplah dengan bayi anda dalam kandungan selama 5 hingga 10minit. Berikanlah kata2 pujian cth anak ibu/ ayah bijak cergas. Dipercayai jika dilakukan secara kerap bayi cenderung memiliki IQ yang lebih tinggi berbanding tidak melakukan rangsangan


2) Bunyi
- Bayi yang terdedah dengan Irama klasik atau alunan Al Quran serta zikir secara berulang-ulang mampu merangsang dan mengoptimalkan fungsi-fungsi otak bayi. Untuk kesan yang lebih baik, ibu digalakkan meletakkan headfon pada perut.

3) Makanan tambahanA
- Pengambilan minyak ikan omega-3 semasa hamil mampu merangsang perkembangan otak bayi. Ibu hamil yang secara konsisten minum susu (mengandungi cholin) akan melahirkan bayi yang mempunyai kemampuan memori yang sangat baik

4) Sentuhan
- Semasa hamil, lakukannya sentuhan dengan membelai dan mengusap perut anda. Sejenis hormon akan dirembes dan ia dapat memberi kelegaan pada perut. Malah bayi di dalam kandungan akan merasa selesa dan tenang. Ibu dinasihatkan berada dalam keadaan emosi yang tenang dan riang semasa rutin ini dilakukan supaya bayi yang lahir riang dan tidak meragam





No comments:

Post a Comment