Pengambilan air yang begitu banyak dan secara konsisten diperlukan agar sistem dalam tubuh kita dapat bekerja secara optimum dan bagi memastikan otak kita cergas dan bertenaga
Di sini ada beberapa fungsi air
1) air bertindak sebagai agen pembawa nutrisi dan oksigen ke sel tubuh yang memerlukan.
Di sini ada beberapa fungsi air
1) air bertindak sebagai agen pembawa nutrisi dan oksigen ke sel tubuh yang memerlukan.
2) air bertindak sebagai pelincir untuk pergerakkan sendi
3) air diperlukan untuk melarutkan kesan sampingan metabolisma seperti sid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang
4) air berperanan agar organ seperti mata, hidung dan mulut dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik
5) air untuk buang lemak bagi mereka yang ingin menguruskan badan
"Mengantuk selepas makan tengahari adalah petanda badan kita kekurangan air. Malah kekurangan yang paling kronik apabila kita membuang air hanya 2 kali sahaja sehari."
Saya tahu ramai yang tidak menyedari yang mereka mengalami masalah kekurangan air
Tanda-tanda badan kita terhidrat ialah:
Kita akan berasa kepenatan, gejala sembelit, mengalami masalah sakit kepala atau migrain, ketegangan otot, tekanan darah yang tidak seimbang dan masalah buah pinggang. Malah yang lebih teruk jika kita kekurangan air ia boleh membawa risiko kematian. Kita boleh mengenalpasti samaada kita kekurangan air iaitu apabila kita membuang air, warna air kencing kekuningan
Pengambilan air yang sewajarnya
Kita perlu mengambil air dalam kuantiti yang sedikit seperti segelas air dan usah tunggu rasa haus untuk minum.
bagi mereka yang mengalami masalah cirit-birit dinasihatkan mengambil air dengan kuntiti yang banyak
Mereka yang mengalami masalah batu karang dan pundi kencing berdarh mereka perlu ambil air yang lebih banyak untuk membaiki kualiti kesihatan
Mereka yang mengalami masalah buah pinggang dan masalah hati perlu medapatkan nasihat doktor. Ini kerana mereka yang menghidap penyakit ini tidak boleh minum air yang banyak.
Mereka yang bersenam perlu minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam agar air dapat diganti selepas kehilangan air semasa perpeluhan
No comments:
Post a Comment