Terdapat beberapa nutrisi yang penting untuk perkembangan otak anak anda:
1) DHA
- SEJENIS ASID LEMAK OMEGA-3 YANG PENTING UNTUK PERKEMBANGAN OTAK, MATA DAN SISTEM SARAF PUSAT.
MEMBERI ANAK ANDA MAKANAN SEHARIAN YANG MENGANDUNGI DHA AKAN MEMBUATKAN ANAK ANDA LEBIH FOKUS DAN DAPAT MEMBERI TUMPUAN KETIKA BERMAIN ATAU BELAJAR. MAKANAN YANG MENGANDUNGI DHA IALAH IKAN ,TELUR DAN AYAM
2) Zat Besi
- Penting untuk mencegah anemia dan memudahkan pembentukan hemoglobin dalam darah. Kekurangannya boleh menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan, wujud simptom ADHD, pucat dan lesu. Sumber makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging merah, ikan bilis,hati, limpa ,tempe dan tauhu
3) Zink
- penting untuk fungsi otak yang betul. Kekurangannya dikaitkan dengan kelemahan kognitif , boleh meyebabkan tumbesara kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut ala suber zink paling tinggi selain dari kekacang, gandum dan bijiran penuh
4) Asid folik
- penting untuk pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA penting menyimpan maklumat tentang sel . Kekurangannya menyebabkan letih, lesu, kurang tmpuan, cepat marah dan pelupa. Sumber asid terbaik adalah sayuran hijau
No comments:
Post a Comment