Menyusukan bayi adalah kewajipan seorang ibu dan seharusnya menunaikan hak bayi untuk menikmakmatinya.Hakikatnya,susu ibu terlalu banyak kelebihannya dan ini diakui oleh pakar perubatan yang mngatakan susu ibu tiada tandingan dengan mana-mana susu formula pun.
Dalam satu kajian yang dijalankan, bayi yang menyusu badan mempunyai IQ 6 - 8 markah lebih tinggi berbanding bayi yang menyusu susu formula kerana susu ibu mempunyai asid lemak penting iaitu DHA.
Di samping itu, menyusukan bayi dapat mengecutkan rahim bagi ibu-ibu yang baru saja melahirkan anak.
1) Kebaikan susu ibu untuk bayi
- susu ibu mempunyai kolestrum iaitu cecair kuning yang keluar sebelum susu keluar yang berfungsi membantu sistem pecernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi
- bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan yang tinggi dan lebih bijak apabila dewasa
- susu ibu cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menghindari penyakit dan juga obesiti
- bayi yang diberi susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus,pencernaan dan asma kerana susu ibu mempunyai antibodi
- bayi yang menyusu badan dapat mengurangkan risiko kerapuhan tulang atau ostoperosis
2) Kebaikan susu ibu untuk ibu
- proses penyusuan dapat mengubah hidup seorang wanita kepada lebih bermakna
- mengurangkan pendarahan semasa bersalin
- ibu yang menyusukan bayi tidak akan mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu
- ibu yang menyusukan bayi dapat mengembalikan berat badan sebelum hamil dengan lebih cepat
No comments:
Post a Comment